Resepi Lobster Masak Butter

01:34

Assalamualaikum w.b.t

I kan sebenarnya selalu confuse nak tulis bahasa melayu ke english sebab i am equally bad at both hahaha. Harini try tulis cakap melayu lah. Bersedia untuk baca i men-jemah okay?

Semenjak jadi mak orang ni, memang dah sangat kurang masuk dapur sebab baru je nak potong bawang sorang anak dah nangis nak menyusu, so memang nan hado lah nak masak setiap hari. Tapi of course la rindu nak masuk dapur, skill harus diasah nanti lama-lama tumpul. 

Haritu my dad ada beli lobster kat Sabah and husband i pun cuti so haruslah kita melakukan misi memikat suami. Kebetulan my dad pun datang rumah nak jumpa cucu-cucu beliau, jadi mari masak lobster. 


Alahai senang je pun bahan-bahan nak buat masak butter ni. Actually, ada dua jenis masak butter, satu yang ada sarang-sarang telur tu, tapi this time i buat creamy-cheesy gitu. Tak letak telur pun.

Bahan-bahan

2 ekor lobster

Bahan A
4-5 ulas bawang putih
Halia (agak-agak sama banyak dengan bawang putih)
cili padi (pun sama portion)
daun kari 

Bahan B
Susu cair
Cheddar cheese
Tepung jagung
Dried parsley

Butter
Minyak masak

Garam
Gula


Step pertama, cuci cengkerang lobster bersih-bersih kemudian rebus je dalam air, lebih kurang 10-15 minit. Jangan rebus terlalu lama, nanti lobster terlebih masak dan isi lobster tu jadi liat. Tak sedap ye puan-puan. Dah siap boleh angkat dan terus letak dalam icebath (air kosong campur ais) untuk hentikan proses memasak lobster itu.


Step seterusnya, panaskan minyak kemudian cairkan butter, tujuannya cairkan butter dalam minyak ialah untuk elakkan butter tu dari cepat hangus. Kemudian tumiskan bahan-bahan A sampai naik bau, lepas tu boleh lah tambah susu cair, agak-agak je berapa banyak nak letak tu. Next, tambahkan dried parsley untuk tambah rasa herba sikit. Bancuh tepung jangung lebih kurang satu sudu dalam air suam dan curahkan dalam kuah.


Dah jadi macam ni, masukkan cheddar cheese, lepas tu boleh la tambahkan garam dan gula. Season to taste bak kata omputih. Nak gak cakap omputih, matila kena kecam. #sistabah

Okay, step seterusnya takde dalam gambar, tapi lepas rebus tu i tengok lobster tu macam terlalu berair so i panggang sikit guna pemanggang ajaib, nak bagi dia ada kesan 'charred' sikit lepas tu tuang je kuah butter atas lobster and sambung grill sikit lagi. Sebenarnya kalau nak tambah cheese lagi bagi melt atas tu pun boleh, tapi sebab nak makan dengan nasi, so i tak tambah cheese.



Dah siap. Bagi i rasa dia sama je macam masak butter yang selalu makan kat restoran tu, kalau suka makan masak butter, so boleh la try masak cara ni. Guna udang yang saiz besar pun boleh tapi udang pun ya ampun mahal sekarang. I ni pun dapat lobster free so boleh la try masak.

Tanya husband okay ke masak tu, dia kata okay tapi nak kuah butter cair sikit. Baiklah bang. Lulz.

Selamat mencuba!


You Might Also Like

0 red shoes!

Stalkers

Newsletter