Ini cerita bukan cobaan, ini betul betul.
20:09I love You Bang Dollah. Hensem harini.
Kagum dengan Pak Guard Universiti Pilahdelphia (bukan nama sebenar).
Sepanjang 22 tahun hidup, ini kali pertama i jumpa pekerja-pekerja yang sangat berdedikasi-bertungkus lumus kiss ass memang tak pernah lalai dan leka apatah lagi curi tulang ketika menjalankan tugas. Pantang je nampak kereta tak bersticker, saman, kereta park dekat depan kolej walaupun dua saat, saman, budak tak pakai matrix card, saman juga tak kira lah dah pukul 7.30 dah habis time kelas pun saman tetap saman. Pakai jeans pergi kelas pun saman. Dedikasi kan kan kan? Bagus Bagus.
Pakgad, sila angkat tangan, letak atas bahu sendiri pastu tepuk tiga kali. Bagus anak mak, sejuk perut ibu mengandung.
Lepas tu student tempat i belajar memang tak perlu risau soal keselamatan sebab akan ada guard yang akan ronda-ronda kawasan asrama sampai bukak pintu bilik cek sorang-sorang kalau boleh nak duduk tepi katil bacakan bedtime story sambil tepuk-tepuk bontot sampai lena. Untunglah dapat pak guard begini, dah lah penyayang, perihatin pula.
Flying kiss pada Pak Guard. Mmuaaaah!
Lagi satu kakak guard pula memang habis stylo, fashionista haruslah dijadikan fashion Idol. Sedondon you olss. Baju biru seluar biru eye shadow biru. kalau boleh mahu tempek bulu peacock di mata supaya lebih vogue gitu. kata nak sedondon kan? I memang selalu perhatikan kakak guard di sini, bukan apa nak buat rujukan. Sambil saman kereta i beliau boleh flash flash bulu mata and eye shadow biru. Sumpah i jealous.
Senang kata, kepada guard semua, you olss memang idol. I lap you, why u no lap me?
Kurangkan saman i pleasee?
8 red shoes!