Dasar pencopet!

21:00

Mula-mula hilang boyfriend dikebas orang, then kucing kesayangan mati, kemudian hampir hilang kewarasan masa jawab exam minggu lepas and today I lost my Blackberry :(

I dah cuba mengkaji fisiologi dan psikologi sang pencuri ni tapi bertemu jalan buntu. Susah betul nak faham macam mana manusia boleh terfikir nak mencuri. I mean, don't they have conscience or even a little compassion?

Tapi memang dah jadi trend, kalau dah sampai hujung-hujung semester dah nak masuk cuti, mula lah dengar cerita, handphone hilang, laptop hilang, duit hilang, sabun mandi pun kena pau, ubat gigi jangan cerita. Nasib baik i kira megi atas locker cukup, kalau tak memang i panggil CSI datang investigate.

Pencopet,

Okay, i faham lah mungkin kau peer pressure. Ramai update status facebook via blackberry jadi kau pun nak juga tapi tak perlulah sampai nak mencuri. kan boleh guna application kat facebook, pilih je, via blackberry, strawberry, cerryberry, bukan blacberry pun ada. tak payah nak cilok orang punya okay?

I bukan apa, sekarang gambar-gambar muncung itik, dari sisi, dari atas bawah tontonan i sorang dah jadi tontonan kita bersama, mesej-mesej boyfriends, bbm lagi. Malulah. Tak kesian ke, i ni dah la menjanda, semua contacts VIP, VVIP, Datuks, Tan Sri yang i dah shortlist jadi potential bf semua ada dalam tu. Habis sekarang macam mana? Kau sebenarnya nak potong line kan?

Next time kalau nak curi, amek lah charger tu sekali, jangan lah tinggalkan kenangan untuk i. Sedih tau tak, tengok bawah katil ada charger, tapi handphone?? Kotak yang ada isi warranty pun tak ambil juga habis nanti kalau rosak macam mana? Lainkali kaut semua jangan tinggalkan.

Dah ah malas cakap banyak nak cari handphone tigatigasekupang harga 50 hengget kat mudah.my

Please pray that i'll find my BB back :(

Hahh, ni nak tambah sikit, kes curi i ni boleh jadi pengajaran yang orang duduk di RT ni memang tak selamat. so next time RT boleh letak meja study or sofa takyah nak ngada-ngada letak katil locker. Ni nasib baik handphone yang kene curi, kalau maruah diri ai yang diragut macam mana u ollssss? Jawab jawab.


You Might Also Like

1 red shoes!

Stalkers

Newsletter