Ibu saya
02:41Kenapa ibu saya awesome?
Tak, ibu saya bukan kerja pangkat besar, pengurus projek mega, income puluh-puluh ribu, ibu saya juga agak noob, takde facebook, twitter, ym semua tak ada. Beliau cuma hanya sms dan call sahaja tapi sekarang mula berjinak-jinak dalam dunia bbm. Good job mom! But she's still awesome.
Why?
Sebab letak daun bunga raya kat kepala masa i baby sebab susah sangat nak tumbuh rambut. Dah la anak perempuan sulung, mama dah kempunan nak ikatkan tocang, so hari-hari mama letak daun bunga raya, maka hasilnya. Tadaaa, rambut i extra volume gittew. Thanks ma.
Sebab bagi i susu cap gantung sampai umur tiga tahun lebih. Sampai mama kene letak colgate baru reti nak stop. Pointnya sekarang, orang kata, kalau minum susu ibu lebih, nanti dah besar jadi pandai, bukan setakat pandai, cantik, bersopan santun, lemah lembut, pandai masak. HAHAHA sudah-sudah la tu perasan.
Sebab mama masak Rendang ayam kampung, Daging jawa, Daging dendeng yang paling tersedap di dunia, and she's not even jawa. Tapi agak tidak fair kerana badan i dengan adik-adik i membelon, tapi mama tetap maintain.
Sebab mama pandai buat gubahan masakan pengantin paling cantik dan sedap, dari kecik lagi dah duduk dapur tengok mama masak dan buat gubah lauk pengantin, sebab nak makan buah-buah dengan lauk yang berlebih tapi sekarang dah boleh ikut jejak langkah mama.
Sebab mama sangat humble. kawan-kawan mama majoriti dibaluti designer brands, kasut handbag, dan kereta-kereta posh, tapi mama tetap maintain cool dengan kasut Crocodile dan kereta buatan malaysia sahaja. Buat apa membazir, asalkan selesa katanya. Sesekali boleh lah.
But most of all, sebab mama sangat penyayang, penyabar, mama jugak seorang guru yang baik. Mama taught me everything, Dari ABC, 124, Alif Ba Ta, Iqra', kemahiran rumah tangga. Semuanya. Mama jugak sabar mendidik kami 5 beradik, tak pernah jemu tegur mana yang salah walaupun kadang-kadang ada yang kepala batu. Langsung tak mengeluh.
My mom is the queen of my heart, My mom is the awesomest!
Happy Mothers Day and I love you soo much.
0 red shoes!