April Fool, Zaman Sebelum Mumayyiz, Partner in Crime dan Hari Kelahiran.

22:48

It is safe to say that I have a memorable childhood, and this person below is part of it :


pilih la yang mana satu.

Ini adalah sepupu i. Namanya Hatim, kami rapat semenjak kecil sehinggalah sekarang dah besar tongkeh. Disebabkan kami sebaya dan i adalah cucu perempuan yang sulung, i takde choice lain selain geng dengan beliau.

Zaman kanak-kanak kami memang adventure, port paling selalu pergi lepak adalah Sungai belakang rumah Tok Led dan belakang rumah abang zam, cari siput sedut nak bagi opah buat gulai katanya. Selepas penat cari siput sedut kami akan singgah di kedai laksa Cik Bai'e, sedap laksa beliau, letak dalam plastik minuman, kuah sedut pakai straw. slurrp. Tapi i tak suka laksa.

Disebabkan beliau noob tak reti bawak motor, I terpaksa angkut beliau setiap kali nak pergi jalan-jalan kat kampung. Pernah sekali, kerana beliau terlalu berat, lepas beli laksa Cik Bai'e kami tergolek belakang kedai Cik Ya, habis Kuah laksa satu plastik pecah. Tinggal satu Kuah , dua laksa? Atee cane tu nak makan? Ce cite ce cite.

Dah la kuah laksa pecah, nombor plat motor juga terbelah dua, terpaksa beli gam uhu dan sambung balik lepastu buat-buat senyap. kebetulan abang i yang memang ada reputasi kurang menyenangkan di mata ibu, main bola lalu tersepak bola terkena plat motor, lalu plat motor yang sememangnya goyah patah kali kedua. Maka abang dipersalahkan dan kami terselamat.

Kalau nak cerita, banyak lagi sweet memories masa zaman belum mumayiz, belum masuk cerita organize pesta (gitu ), nyanyi lagu A.L.O.N.G.. along! ( lagu tema kononnya, wtf? ), buat pengembaraan ke imaginary Taman Bab* Tunggal, rumah hantu, dan lain-lain. Sesungguhnya zaman childhood kami penuh warna-warni.

Beliau juga banyak bagi support paling latest masa zaman keruntuhan rumah tangga i dulu. kalau tidak, mungkin dua orang sudah arwah kene sembelih dengan i. hehe. He's a good listener, he gives good advice and sebab beliau excellent in his studies bagi i berkobar-kobar nak challenge beliau and it pays off.

He's like a twin brother to me and i adore him dearly. Aceyyyy. Jadi dikesempatan ini saya ingin mengucapkan.......



APRIL FOOL!! kepada beliau...




No, actually I wanna wish Happy Birthday to my dear cousin, Muhammad Hatim b Abdul Razak. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, menjadi doktor yang berguna, and i wish you all the happiness and love in this world and beyond.

p/s : Aku nak claim perfume hujung minggu ni. bahahahaha.

Blog punya timeline gila dah post 1st April pun letak 31st March -.-"

You Might Also Like

8 red shoes!

Stalkers

Newsletter